Tuesday 11 October 2011

Puisi Ayah untuk Sin Kuan.

Sin Kuan,
Ayah ingin berpesan padamu,
Sesungguhnya ayah tidak mampu mewariskan mu dengan wang berjuta.
Tapi cukuplah ayah bekalkan mu dengan ilmu dunia dan akhirat.
Dengan ilmu itu semoga kau dapat membezakan batu dan permata.
Dengannya juga semoga menjadi lampu bila kau dalam kegelapan
dan menjadi udara bila kau dalam kelemasan.

Tapi pesan ayah, jangan sesekali kau salah gunakannya utk menipu manusia.
Kerana segala perbuatan kita akan dipersoalkan kelak bila kita telah tiada di dunia.
Kita mungkin berjaya didunia tapi mungkin tidak disana.
Ingatlah pesan ayahmu ini sampai bila-bila.


No comments:

Post a Comment