Cuba Lu Fikir
“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.”
Monday 24 October 2011
Tuesday 11 October 2011
Puisi Ayah untuk Sin Kuan.
Sin Kuan,
Ayah ingin berpesan padamu,
Sesungguhnya ayah tidak mampu mewariskan mu dengan wang berjuta.
Tapi cukuplah ayah bekalkan mu dengan ilmu dunia dan akhirat.
Dengan ilmu itu semoga kau dapat membezakan batu dan permata.
Dengannya juga semoga menjadi lampu bila kau dalam kegelapan
dan menjadi udara bila kau dalam kelemasan.
Tapi pesan ayah, jangan sesekali kau salah gunakannya utk menipu manusia.
Kerana segala perbuatan kita akan dipersoalkan kelak bila kita telah tiada di dunia.
Kita mungkin berjaya didunia tapi mungkin tidak disana.
Ingatlah pesan ayahmu ini sampai bila-bila.

Thursday 29 September 2011
Teori Sin Kuan.
Korang pernah dengar tentang "Teori Sin Kuan"? Mesti tak pernah kan, sebab teori nie baru dihasilkan semalam dengan tidak sengaja oleh Prof Sin Kuan. Teori nie mudah saja, contohnya kalau anda ada buat salah pada Mak atau Ayah anda, teori nie sangat membantu sekali. Anda tak perlu berbuat apa-apa, cuma apa yang anda perlu lakukan hanyalah senyum saja sekiut yang boleh sehingga orang yang melihat anda merasa sangat teruja yang amat sangat sehingga mengalirkan air mata terharunya. Tetapi pesanan saya sebelum anda menggunakan teori nie, pastikan anda mempunyai senyuman yang menawan seperti Sin Kuan. kalau tidak pasti teori tidak berjaya.Dan pesanan terakhir cuba lu fikir boleh percaya ker teori nie? Tepuk dada tanya ler hati ok!
Tuesday 27 September 2011
Sin Kuan Oh Sin Kun.
Muhammad Zakuan Hakim @Sin Kuan
Sebab apa aku panggil dia Sin Kuan? sebab perangai dia sama mcm Sin Chan kat dalam TV tu yang banyak muslihatnya. Walau bagaimanapun cuba lu fikir balik kalau semua ok aje, meriah tak hidup nie? kalau tak ada org bersepahkan rumah, nanti mama dan ayahnya asyik mengadap laptop ajer.HeHeHe...
Monday 26 September 2011
Malu bertanya sampai bila tak pandai.
Hari nie cuba nak create blog sebab cemburu tgk blog kawan-kawan. Maka bermulalah misi menbuatnya,pening juga nak buat blog nie, nak insert gambar,muzik etc. Mula-mula try sendiri tapi ada juga yang tak boleh buat last sekali terpaksalah buat tak malu tanya pada org yg tahu. Nasib baik ada yg membantu,, terima kasih pada yang sudi membantu. Last sekali cuba lu fikir madah nie
“Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.”
Subscribe to:
Posts (Atom)